Tuesday, July 6, 2010

Bagaimana Menilai GPS?

Anda tentu tertanya2 apa yang perlu anda teliti sebelum membuat keputusan memilih dan membeli GPS. Berikut sedikit panduan buat anda:

1) Harga
Sudah tentu harga menjadi penentu kepada pemilihan, anda pasti hendakkan harga yang
murah tetapi adakah sesuai dengan kualiti dan spesifikasi yang di tawarkan?

2) Spesifikasi
Banyak terdapat tawaran pada harga yang rendah tetapi awas spesifikasinya juga rendah.
Anda tentu terjumpa harga GPS bersaiz 4.3 inci pada harga bawah dari Rm330/unit tetapi
pakej tersebut menawarkan processor/cpu dari 368mHz - 468mHz yang pastinya menerima
isyarat satelit yang agak perlahan.

3) Rekabentuk
Pastinya rekabentuk menarik menjadi pilihan, ringkas dan nipis (slim). Menarik untuk
dipamer dan mudah disimpan. Saiz yang paling sesuai adala 3.5 dan 4.3 inci yang mudah
disimpan dan boleh dimasukkan ke dalam poket anda.

4) Aplikasi peta
Ia merupakan keperluan asas sesebuah GPS. Malah anda mungkin mahukan yang terbaru
dan murah. Papago x5 yang menyediakn pandangan simpang (junction view), IGO8 punyai
pandangan papan tanda arah (direction view) dan keduanya adalah peta 3 dimensi yang juga
mempamerkan bagunan "landmark" sesuatu tempat. Ditambah lagi dengan peta aplikasi
popular Garmin dan Mapking akan memudahkan lagi carian destinasi anda.

5) Aksesori
Aksesori asas seperti pemegang, pengecas rumah dan kereta, earphone adalah penting dan
perlu tersedia jadi tidak perlu lagi anda mendapatkannya secara berasingan. Anda juga
mungkin memerlukan fail MP3 30 juzu' Quran untuk didengari.

Semua ciri di atas ditawarkan di dalam pakej kami. Anda perlu bandingkan HARGA dan SPESIFIAKSI dan lainya sebelum membuat keputusan. Selamat menilai......

No comments:

Post a Comment