Thursday, August 11, 2011

Manual Maps sebagai panduan

Di bawah adalah contoh manual beberapa aplikasi peta. Terdapat banyak lagi manual berkaitan jenis aplikasi. Ia hanyalah manual asas bagi setiap aplikasi peta yang terdapat di dalam gps yang saya jual. Untuk mengubah, menambah atau mengurang sesuatu data kita perluakn manual lain yang juga boleh didapati melalui carian internet.

PAPAGO







Saturday, February 26, 2011

Bagaimana GPS dapat elakkan saman?

Ramai beranggapan GPS tidak dapat membantu apa2 bagi mengelakkan pemandu kenderaan dari disaman. Sebenarnya tanggapan ini silap. GPS sebenarnya bukanlah alat untuk memberitahu bahawa di sesuatu lokasi memang terdapat perangkap halaju. Ia hanya memberi amaran kepada pengguna terdapat perangkap halaju dan sekatan polis di kawasan2 yang biasa polis melakukan operasi yang mana kawasan ini telahpun digazetkan.

Bagi kawasan2 yang telah dipasang kamera seperti di bawah jambatan dan lampu isyarat memang dapat membantu pengguna bahawa di sana terdapat perangkap. Tetapi di kawasan yang hanya perangkap halaju dibuat melalui operasi polis, ada kemungkinan ada dan mungkin tiada. Jadi dengan penggunaan alat ini sekurang2nya dapat memaklumkan pemandu yang di hadapan sana terdapat perangkap halaju.

Cara lain bagaimana GPS dapat membantu pemandu ialah dengan mengingatkan pemanduan yang melebihi had samada sengaja atau kelekaan pemandu sendiri. Alat ini akan mengeluarkan bunyi amaran atau suara amaran halaju yang melebihi had tidak kira berapa had laju yang ditetapkan di mana2 kawasan.

Jadi pandangan bahawa GPS tidak membantu mengelakkan pemandu dari disaman adalah silap. Bagaimanapun ia masih lagi bergantung kepada pemandu sekiranya ingatan daripada GPS diabaikan pemandu masih lagi terdedah kepada kemungkinan disaman ekor.